Selepas bikin gempak mahu meletakkan calon pada PRK Dun Mahkota sebelum ini dan walaupun ia tidak menjadi kenyataan, kini parti itu sekali lagi cuba melakukan satu gempakan yang hampir serupa.
Kali ini Amanah Johor BN mengatakan mereka mahu bertanding antara 12 hingga 20 kerusi Dun pada PRN Johor yang akan datang.
Alasan yang diberi kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan BN Johor yang langsung tidak ada kemahuan untuk membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu selepas berakhirnya PRK Dun Mahkota.
Aduhhh…apa ni Amanah?
Tak usahlah tak habis-habis nak bikin gempak yang tidak mungkin menjadi kenyataan!!
Bikinlah gempak yang mudah dan logik, sesuai dengan kemampuan.
Sedarlah bahawa selagi PH bekerjasama dengan UMNO/BN, tak usahlah Amanah mahu lebih-lebih mahu bikin gempak menuntut itu dan ini.
Semua itu tidak mungkin menjadi kenyataan kerana parti sudah ada persefahaman yang mesti dipenuhi.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu pun tentu saja lebih cenderung untuk mengekalkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan berbanding mendengar tuntutan Amanah Johor itu.
Lihatlah ketika parti itu beria-ia mahu bertanding di Dun Mahkota sebelum ini, apa jadi akhirnya?
Pada PRN Johor 2022 yang lalu, UMNO menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH terdiri DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing menang satu kerusi.
PN pula memenangi tiga kerusi – Bersatu 2 dan Pas 1, manakala Muda juga menang satu kerusi.
Berdasarkan keputusan PRN 2022 itu, di kerusi mana Amanah mahu bertanding dalam jumlah antara 12 hingga 20 kerusi?
Hanya ada satu cara saja jika Amanah Johor benar-benar mahu mencapai impian bertanding antara 12 hingga 20 kerusi pada PRN Johor akan datang iaitu mereka mesti membawa Amanah keluar daripada PH terlebih dahulu.
Selagi Amanah kekal bersama PH dan PH pula masih bekerjasama dengan UMNO/BN, jangan mimpilah keghairahan berlebihan, termasuk mengambil kerusi yang sedia dimenangi UMNO, boleh menjadi kenyataan.
Soalnya, beranikah Amanah Johor menjadi pihak yang paling awal mencadangkan agar Amanah keluar meninggalkan PH?
Fikirlah sikit, kalau masih bersama PH, macam mana cara Amanah nak bertanding sehingga 20 kerusi itu?
Dan kalau tak berani nak cadangkan Amanah keluar daripada PH, lebih baiklah jangan sembang terlalu kencang mahu bertanding banyak kerusi.
Lagi pun, kerajaan BN Johor dibentuk pada 2022 iaitu sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan di peringkat pusat.
Respeklah sikit pada UMNO/BN yang mampu menang dua pertiga ketika itu. – ShahbudinHusin 05 November2024.
The post KELUAR PH DULU JIKA AMANAH MAHU TANDING 20 KERUSI DI JOHOR!! appeared first on Shahbudin....